Tuesday, 29 May 2012

Mini Kebunku ....

Bismillahirrahmanirahhim.... Assalamualaikum semua :)Harapan saya kita dapat berkongsi ilmu yang manfaat dengan adanya teknologi serba canggih ini. Mmmmmm sebut bab teknologi ni.... Saya ada kisah lucu ... Maklumlah saya ni orang kampung. ( Bukan nak rendahkan orang kampung ataukan nak bezakan kedudukan dengan orang bandar ) Tapi inilah hakikat yang telah saya lalui dan menjadi sebahagian dari kehidupan saya. Pada masa saya belajar dulu, thn 1997-98 lebih kurang la.... rumah saya memang x ada komputer,( nak pegang komputer pun takut masa tu laaaa :) ) Lepas tamat Peperiksaan STPM saya minta izin dengan mama untuk belajar kursus asas jangka pendek. Walaupun agak banyak rintangan dan halangan tetapi akhirnya saya dapat juga merasa pegang komputer dan belajar hinggalah tamat kursus asas. ( Inilah pengalaman pertama saya menggunakan komputer ) Masa tu memang buta IT sesangat... Tetapi saya tetap berbangga,sebab saya tidak buta Al-Quran. Alamakkkk melalut la pulak :) Okeyyzzz kisah lucunya atau kalau Orang Brunei kata Cali ( lucu ) ialah semasa saya interview utk jawatan kosong sementara nunggu result exam kuar... Kakitangan yang interview saya tu...dia minta saya menaip guna komputer ... Punyalah menggigil,sebab saya belum mahir menggunakan komputer... Jadi saya dengan selambanya berkata... " Cik, boleh tak saya menaip sambil berdiri?" Saya tak biasa menaip sambil duduk.... ( Dalam ati....memang aku tak pernah menaip pun,last menaip masa kursus je la hihihi ) Berpeluh oooo masa tu... macam mana nak copy paste,macam mana nak tukar font dll ... masa tu mana tau semua istilah tu ..... Tapi itu bukan alasannya...yang penting kita ada kemahuan dan mahu mengubah untuk kebaikkan...Wokeylah ni saya nak citer tentang mini kebun saya yang amat kecik molek ...huhuhuhu sebab Saya mengusahakannya sendiri, Saya belum pandai bikin batas, saya main hentam dan belajar sikit...Kira ni baru fasa pertamalah
ini pokok kari saya... Saya tanam ni masa tengah sarat mengandungkan Salsabila ( dalam 8 bulan pregnant kot ).... Saya memang tak nak biarkan pokok kari ni tinggi,jadi setiap 2 minggu atau sebulan sekali saya akan cantas dahannya dan sedekahkan pada kengkawan :)
Ini pulak pokok petola dan saya campur ngan pokok kacang bendi :) belum 1 bulan ni baru je tanam...
Ini pokok kacang bendi dalam kumpulan yang sebenarnya... yang di atas tadi tu sebab banyak dan tumbuh hampir2 sebab tu lah saya korek dan ubah tempat ke kawasan petola :)
Ini pulak pokok nanas yang baru nak mengeluarkan hasil :)
Heheheheh ini projek dan kawasan yang dikenal pasti untuk fasa kedua saya... Baru selesai meracun rumput... tungguuuuuuuuu.... dan liat k ...
Bertemu lagi kita... :) Jumaat lepas saya cuti, jadi ambik kesempatan ni pergi pasar beli ikang-ikang :) untuk masak.... mencari parking punyala sakit jiwa maybe sebab ramai org cuti ari ni....semua nak ke pasar termasuk lah saya :) Alhamdulillah Salsabila tidur je kat belakang kereta.Saya bawa Yani utk jaga Salsabila dalam kereta... nak tinggal kat rumah x ada maid.... emmm lepas beli ikang-ikang,kerang2 dll, saya pun menuju terus ke tempat org menuual pokok2.... Traaaaa.... saya dapat ini
Anak pokok kedondong.... Memang dah lama saya nak beli tapi mahal sangat BND 25 ke atas.... :( tapi yang ini tuannya dah nak balik dia kasi BND 3.... Apa lagi terus le saya beli .... tak apa kecik nanti besar la jugak .( Harap2 hidup lah :) ) Tunggggggguuuuuu ada lagi saya beli....
Anak pokok cili warna purple
Saya tambah lagi anak- anak pokok cili ..... sebab suka tengok pokok2 yang dulu byk berbuah dan banyak juga lah kengkawan yang dapat merasa hasil tanaman saya :)
Ini pokok sup... Saya try tanam bekas dari yang dipotong utk stim udang... Selalunya saya tanam tak tahan lama...sekali makan pastu mati.... belum arif bab tanam daun sup ni :(

Friday, 25 May 2012

Laksa Kedah...di Brunei :)

inilah laksa Kedah kegemaran ramai :) Dah lama jugak lah tak buat... sibuk ngan baby Salsabila yang makin aktif
Baby Salsabila yang mula belajar berjalan :) tapi lum ada gigi ... Laksa Kedah yang saya buat ni siapa makan memang akan minta lagi .... dorang kata sedap.Bukan saya kata tapi setiap yang mencuba lah bagi feedback :) Apa-apa pun terima kasih semua... Bahan-bahannya senang saja .... nak tahu ke?

Tuesday, 22 May 2012

Jadual aku sebagai seorang isteri bekerjaya :)

ISNIN,SELASA , RABU DAN KHAMIS 4.30 PAGI BANGUN LAYAN DAN SUSUKAN SALSABILA 5.15 SEDIAKAN PERALATAN SALSABILA , AKU, YG SEWAKTU DGNNYA :) 5.4 KEJUTKAN ANAK-ANAK UTK KE SEKOLAH 6.00-6.25 KELUAR RUMAH - HANTAR SALSABILA CHILDARE,ANAK2 SEKOLAH DAN AKU MASUK KOJE :) 7.00-12.30 AKU SEBAGAI GURU :) 12.35-1.35 HANTAR YANI SEKOLAH UGAMA 1.35 - 3.30 AKU SEBAGAI GURU :) KEMBALI 3.35-4.00 HABIS KERJA -AMBIL SALSABILA DARI CHILD CARE,AMBIK YANI DAN HANTAR YAYAN SEKOLAH UGAMA 4.15-5.00 SAMPAI RUMAH - CUCI PAKAIAN,NYAPU DAN SIRAM POKOK,TIDURKAN SALSABILA ( KALAU DI NAK TIDUR :) 5.00-6.15 KELUAR RUMAH - AMBIK MILA DAN YAYAN DARI SEKOLAH 6.30 - 7.30 SAMPAI RUMAH - JEMUR PAKAIAN,ANGKAT SAMPAH, MASAK KALAU TERDAYA SAMBIL NGEMAS APA YANG PATUT 7.30-8.30 LIAT ANAK-ANAK KERJA SEKOLAH ATAU APA2 YG PERLU 8.30-9.30 SETERIKA PAKAIAN -KALAU TERDAYA URUSKAN KUCING2 SEKEJAP 9.3 ZZZZZZZZ 1.3 BANGUN LAYAN DAN SUSUKAN SALSABILA
Assalamualaikum....Terima kasih kepada anda yang sudi menjenguk dan singgah ke blog yang tak seberapa ini :). Ala faham2 je lah ... saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan :)Baru sampai rumah ada masa dalam 20 minit je...pastu kena keluar lagi ambik anak2 dari sekolah... Di sini saya nak tunjukkan beberapa koleksi hasil kerja tangan yang saya lakukan...Saya berjanji untuk diri sendiri untuk merajinkan diri mengemaskini blog saya lepas ni.... ( tujuannya ialah untuk memahirkan diri dalam dunia IT ) Makin belajar rasanya makin banyak yang belum tau....
ini baju kawan...dia tempah suruh jaitkan manik :)
ini pulak saya sebagai juru makeup sambilan :)

Monday, 21 May 2012

Kehidupan: Musim Peperiksaan...

Kehidupan: Musim Peperiksaan...: Minggu peperiksaan sudah bermula...Ibu bapa mula resah dan gelisah :) ( ada juga ibu atau bapa "Ada aku kisah' ) emmmmm 3 orang anak - anak ...

Musim Peperiksaan...

Minggu peperiksaan sudah bermula...Ibu bapa mula resah dan gelisah :) ( ada juga ibu atau bapa "Ada aku kisah' ) emmmmm 3 orang anak - anak saya sudah start minor exam dorang.... dan 24.5.2012 nanti akan bermulalah major exam dorang...Alhamdulillah dorang dah mula buat revision awal...Mama doakan kalian tenang dan mampu mengingati ilmu2 yang di semai oleh guru-guru kalian.Biarlah ilmu2 itu melekat di dada dan sanubari kalain,bukan sekadar untuk lulus peperiksaan , Amin...

Saturday, 19 May 2012

Insan Baru Dalam Hidupku....

12.6.2011 - Saya telah dianugerahkan seorang Insan baru dalam kamus hidup saya sebagai seorang mama.Maka bertambahlah pangkat saya jadi mama,mama,mama dan mama :) ini anugerah yang ke4...dan harap yang terakhir :)
inilah NURIN SALSABILA BINTI MOHAMMAD SHAHRAY... ini hari pertamanya
inilah Salsabila umur 10 bulan :)

Friday, 18 May 2012

Hanya Allah sahaja yang tahu... time pindah rumah ni,saya tengah sarat hamil anak ke4 ( kandungan masa tu dalam 7 bulan ) Alhamdulillah walaupun tengah sarat hamil... tapi saya masih mampun mengangkat barang2 mengemas,menyusun,setiap malam tidur lewat,dalam masa yang sama kena uruskan 3 orang lagi anak yang bersekolah. Faham-faham jalah masa tu barang2 masih di sana - sini,anak 2 lagi exam....semuanya saya lalui dan hadapi.Dalam pada itu saya sentiasa berbisik dan bercakap2 dengan baby dlm kandungan semoga dia menjadi baby yang tabah,kuat semangat...

POLA KEHIDUPAN....

Sudah setahun kami menghuni di rumah ini.... Alhamdulillah...Pelbagai perancangan hendak dibuat tapi biasalah orang kata ada duit semua jadi... emmm kenalah tunggu duit ada dulu .... Dalam Kepala nak bina landskap kat depan rumah, nak tanam beberapa jenis pokok bunga, nak buat pagar nak simenkan halaman rumah nak bikin gazebo nak bla bla bla bla :) tak pa tunggu buat sikit2 ada rezeki tambah sikit2 :) ni masa baru nak masuk rumah... Saya tengah sarat mengandung Salsabila Ini saya hadiahkan untuk suami sebab dia peminat Chelsea .... Ini ubah suai setelah hampir setahun mneghuni kat rumah ni...