Lagipun baru melabur membeli rumahkan... tak dapat lah nak pergi jauh-jauh....
Kali ni kami sekeluarga memilih Kota Kinabalu sebagai destinasi percutian keluarga... tapi yang bezanya kali ni pengalaman yang baru untuk kami ialah pergi ke sana dengan menggunakan bas sewa khas, ramai2 ( macam rombongan time sekolah dulu hehehhe )
Kami bertolak dari Brunei pada 14.12.2012 jam 5.30 pagi...Alhamdulillah anak-anak tidak banyak karenah, malah yang abang dan kakak-kakak siapkan sendiri segala barang keperluan mereka. Ini juga sebagai satu tanggungjawab kecik kepada mereka. Sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang perlu dan diperlukan nanti :)
Biasalah merekalah paling bersemangat dan suka....
Ini gambar dalam bas semasa perjalanan ke Kota Kinabalu....Biasalah Salsabila.. mana boleh duduk diam....
Brunei Darussalam mempunyai 4 daerah dan 1 daerahnya terpisah dengan Limbang...iaitu daerah Temburong... sangat - sangat unik kan... ini sungai untuk kami menyeberangan dengan kapal yang akan membawa kami ke seberang :)
Inilah kapal yang membawa kami ke seberang...
Ini di hadapan apartment kami menginap Marina resort...
Aktiviti melawat zoo :) budak - budak memang enjoy sebab dapat melihat show dan naik atas gajah... saya pun suke...
Salsabila tak nak turun dari gajah :)
banyak lagi gambar kat K.K tapi nanti saya sambung cerita lagi k....
salam sayang buat semua:)
No comments:
Post a Comment