Monday, 18 June 2012

Cuti-cuti Kenali Negara Kitani ( Brunei Darussalam )

    Esok dah start buka sekolah di Negara Brunei Darussalam... Maka akan bermulalah juga jadual tugasku yang padat,ketat dan sendat huhuhuhu :( 
    Kelmarin 17.6 .2012 hingga hari ni 18.6.2012 kami pergi berehat di Mangrove resort ... first time try.... Okey jugak lah tempatnya...Kira untuk santai2 sambil memancing.... Nampaknya anak-anak paling enjoy...yelah nama pun kanak-kanak dan memang  utk dorang pun :)
   Resortnya ala-ala Kampong Ayer . Semalam bnd 90 utk musim cuti dan week end. Kalau week day bnd80. Sebelum saya nak pergi saya siram pokok-pokok dulu.... risau je nak tinggal pokok-pokok saya...Walaupun saya bersyukur sebab hari yang sama sebelum saya keluar dari rumah tukang potong rumput datang...Jadinya saya dah terang dan tunjukkan mana yang nak dipotong dan mana yang perlu dorang hati-hati ..... Lega sikit hati.


       okey ni laluan utk ke bilik resort kami :)
    Haaa inilah resort kami .... kebetulan sama ngan number rumah :)
    Setiap penginap dibenarkan untuk memancing di depan resort masing-masing....
Haaaa ini pulak Salsabila nak nyibuk jugak :)
  Emmmm cantik kan... ni permandangan restorant dari laluan nak ke resort kami.
Inilah suasana malam dari pintu masuk ke resort :)
Sampai saja ke rumah.... perkara pertama saya lakukan ialah bagi kucing-kucing makan dan siram pokok-pokok.... Kesian saya liat pokok cili saya layu...kepanasan mungkin :( Dan anak2 sawi nampak macam terbantut sebab kering huhuhuhu... kalau tak menjadi kenalah semai lagi sekali :(

No comments:

Post a Comment